KADET REMAJA SEKOLAH
SMKA TUN DATU MUSTAPHA, PAPAR, SABAH
PANDUAN KAWAD
( KRS DAN TKRS )
( KRS DAN TKRS )
BAB SATU
PANDUAN UNTUK JURULATIH
PANDUAN UNTUK JURULATIH
Buku kawat ini bertujuan untuk memberi panduan kepada jurulatih supaya dapat mengajar
pegawai/kadet tatacara kawat dengan betul dan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan
bertanggungjawab.
Selain daripada itu matlamat untuk melahirkan pegawai/kadet, Kadet Remaja Sekolah
yang mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama dan sanggup
mempertahankan agama bangsa dan negara dapat dicapai.
BAHAGIAN I
PENDIRIAN SEORANG JURULATIH
Sikap dan pendirian yang tetap dan betul adalah sangat penting bagi seseorang jurulatih kerana ia
akan dicontohi dan diteladani.
Apabila hendak mengajar kawat, jurulatih hendaklah berdiri dengan cara yang betul. Pergerakan
badan, kepala dan tangan hendaklah pada kadar yang minimum ketika memberi hukuman. Ini
akan menampakkan kekemasan dan disiplin yang tinggi.
Apabila hendak melakukan sesuatu pergerakan kawat jurulatih, hendaklah melakukan mengikut
tatacara kawat.
Demonstrasi atau cara melakukan sesuatu pergerakan itu mestilah kemas dan mantap. Apabila
hendak menunjukkan pergerakan-pergerakan tongkat, maka pertunjukan itu hendaklah dilakukan
dengan tongkat sahaja.
BAHAGIAN II
KAEDAH MENGUASAI KEMAHIRAN KAWAT TERBAIK
Bagi menguasai kemahiran berkawat yang baik, seseorang jurulatih perlu ada dua perkara
penting; pertama mempunyai prasangka yang baik dan yang kedua kebijaksanaan. Mempelajari
kawat bukan satu perkara yang mudah. Oleh hal yang demikian seseorang jurulatih hendaklah
bijak dan pandai mengarah skuad itu supaya melaksanakan latihan kawat dengan kemas dan
sempurna.
Jurulatih yang bijak dan baik akan melahirkan skuad yang kemas dan berdisiplin.
Jurulatih hendaklah memberi pujian pada tempat yang sepatutnya.
Sesuatu arahan hendaklah sesuai dengan tahap kadet serta peringkat ilmu yang telah diterima.
Jurulatih tidak boleh memberi hukuman kawat yang belum diajar. Peranan jurulatih adalah melatih
skuadnya sebaik yang boleh dan mengajar mereka supaya berkelakuan baik dan berdisiplin tinggi
seperti jurulatih itu sendiri.
BAHAGIAN III
MEMBETULKAN KESILAPAN
Setiap kesilapan yang dilakukan oleh jurulatih hendaklah dibuat pembetulan sebelum jurulatih itu
meninggalkan padang kawat.
Sebarang teguran oleh pegawai yang lebih tinggi pangkatnya hendaklah didengar dan dipatuhi.
Walau bagaimanapun teguran itu hendaklah secara berhemah. Teguran itu merupakan pengajaran
dan pendidikan bagi memperbaiki dirinya.
BAHAGIAN IV
PROSES LATIHAN
Jika pengajaran atau ilmu kawat hendak disampaikan, pelatih-pelatih hendaklah berdiri dan dapat
melihat pergerakan jurulatih dengan jelas.
Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah jelas dan tepat. Jika perlu bolehlah diberi
penerangan tentang sesuatu pergerakan kawat yang dilakukan.
Untuk memudahkan pelatih-pelatih, lakukan demonstrasi sesuatu kawat itu secara lengkap dan
sempurna dengan mengikut masa serta hukumannya.
Demonstrasi hendaklah dilakukan secara latihan kawat dengan nombor. Ulasan hendaklah diberi
secara terperinci. Tumpukan kepada satu-satu pergerakan, setelah pelatih mahir barulah diajar
pelajaran lain. Jurulatih hendaklah menunjukkan kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan
semasa berkawat.
Kesilapan hendaklah diperbetulkan dan dilatih secara berulang-ulang. Perkara ini penting dalam
proses latihan.
Rehat mestilah diberi mengikut kesesuaian antara satu pelajaran dengan satu pelajaran, terutama
dalam proses kawat peringkat awal.
Apabila skuad dalam kedudukan rehatkan diri, jurulatih bolehlah menyoal skuadnya. Pertanyaan
itu bukan hanya berkenaan kawat tetapi apa saja sama ada berkaitan dengan ilmu pengetahuan,
pelajaran, nasihat, tujuan kehidupan, wawasan dan sebagainya.
BAHAGIAN V
BAHASA HUKUMAN
Bahasa hukuman yang jelas lagi tepat akan menghasilkan kawat yang baik. Semua
jurulatih hendaklah mahir dengan bahasa hukuman.
Bahasa hukuman itu terbahagi kepada dua iaitu "Bahasa amaran" dan bahasa perbuatan ".
Kedua-duanya hendaklah diberi dengan lantang dan terang.
Dalam buku panduan ini, semua bahasa hukuman sama ada "bahasa amaran" atau "bahasa
perbuatan" dicetak dengan huruf tebal. Tanda titik-titik digunakan bagi memisahkan kedua-dua
perkataan ini.
Setiap bahasa hukuman, hendaklah ada berhenti seketika (pause) antara " bahasa amaran "
dan "bahasa perbuatan" pada setiap kali hukuman diberi. Kadar masa berhenti seketika (pause )
tidak dapat ditentukan kerana perkataan hukuman antara satu sama lain berbeza; ada yang "
masa cepat " dan ada pula yang " masa perlahan ".
Jika perlu kembali semula kepada kedudukan asal, maka hukumannya ialah "Semula".
Biasakan memberi hukuman dengan suara yang kuat dan lantang. Seorang jurulatih hendaklah
tegas. Suara yang kuat dan lantang serta tegas akan memberi dua kesan; pertama setiap bahasa
hukuman yang diberi merupakan latihan. Kedua bahasa hukuman jika dibuat seperti berbual
sahaja akan hilang ketegasannya dan akan menyebabkan kawat itu rosak .
BAHAGIAN VI
MASA BAGI BAHASA HUKUMAN
Jadual di bawah ini menunjukkan pada kaki manakah patut diberi "bahasa perbuatan". Sebagai
panduan, jarak masa bahasa amaran diberi dengan kadar empat langkah semasa cepat jalan
atau tiga langkah semasa perlahan jalan. Setiap
bahasa perbuatan diberi apabila kaki kiri
menjejak ke bumi kecuali diterangkan cara lain dalam jadual ini.
MASA MEMBERI BAHASA HUKUMAN
BAHASA HUKUMAN
HUKUMAN DIBERI SEMASA CEPAT JALAN
HUKUMAN DIBERI SEMASA
PERLAHAN JALAN
HENTI
DALAM MASA BERJALAN
SEMASA KAKI KIRI JEJAK KE
TANAH
SEMASA KAKI KANAN MELALUI
KAKI KIRI
CEPAT JALAN
-
CEPAT ATAS KAKI KANAN
DAN
JALAN ATAS KAKI KIRI
TUKAR LANGKAH
CEPAT.......CEPAT JALAN
-
CEPAT ATAS KAKI KANAN
JEJAK KE TANAH DAN JALAN
ATAS KAKI KIRI JEJAK KE
TANAH
KEKANAN PUSING
SEMASA KAKI KIRI
JEJAK KE TANAH
SEMASA KAKI KANAN MELALUI
KAKI KIRI
KE KIRI PUSING
SEMASA KAKI KANAN
JEJAK KE TANAH
SEMASA KAKI KIRI MELALUI
KAKI KANAN
HENTI
(Semasa hentak kaki)
SEMASA KAKI KANAN
JEJAK KE TANAH
SEBELUM KAKI KANAN
JEJAK KE TANAH
MAJU
(Semasa hentak kaki)
SEMASA KAKI KIRI
JEJAK KE TANAH
SEBELUM KAKI KIRI
JEJAK KE TANAH
TUKAR LANGKAH MASA
BERJALAN TUKAR
LANGKAH
TUKAR ATAS KAKI KANAN DAN
LANGKAH ATAS KAKI KIRI
TUKAR ATAS KAKI KANAN DAN
LANGKAH ATAS KAKI KIRI
MELALUI KAKI KANAN
TUKAR LANGKAH
PERLAHAN-PERLAHAN
JALAN
SEMASA KAKI KANAN JEJAK KE
TANAH
-
BUKA/TUTUP BARISAN SEMASA BERJALAN
SEMASA KAKI KIRI
JEJAK KE TANAH
SEMASA KAKI KANAN MELALUI
KAKI KIRI
HORMAT
SEMASA KAKI KIRI
JEJAK KE TANAH
SEMASA KAKI KANAN MELALUI
KAKI KIRI
BAHAGIAN VII
SIFAT-SIFAT SESEORANG JURULATIH KAWAT
Seseorang jurulatih kawat hendaklah mempunyai sifat-sifat pemimpin dan pendidik seperti berikut :
i. Kesabaran menghadapi sesuatu.
ii. Ketabahan hati dan semangat yang bersungguh-sungguh.
iii. Mempunyai kemahuan untuk maju.
iv. Bertanggungjawab.
v. Berperikemanusiaan.
vi. Taat setia yang tidak berbelah bahagi.
vii. Tahu semua pergerakan dan pandai membetulkan kesalahan.
ix. Memuji dan menegur kesalahan.
x. Bijak menyelesaikan sesuatu masalah.
xi. Berpakaian kemas dan bersih yang boleh dicontohi dan diteladani.
xii. Mempunyai mutu disiplin yang tinggi.
BAB KEDUA
KAWAT STATIK
_______________________________________
BAHAGIAN SATU
SEDIA
Hukumannya :
"Skuad ..............Sedia"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya
terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki
terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara
tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka
tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke
badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus
menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan
seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.
Kesalahan Biasa
1. Kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan.
2. Berdiri tidak tetap serta mata bergerak.
3. Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat.
4. Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan.
5. Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan
tangan mengerekot.
6. Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata.
7. Tidak memandang (200 meter) ke hadapan
8. Tunduk atau mendongak.
9. Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi.
Ingatan:
Beri hukuman supaya bersedia sebelum "Skuad ..............Sedia".
BAHAGIAN II
SENANG DIRI
Hukuman :
"Senang ..................Diri"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci.
Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan
rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi ,
siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti
tegap dan tidak bergerak.
.
Kesalahan Biasa :
1. Siku bengkok;
2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;
3. Tiada bawa kaki kanan ke kanan cukup jarak 12 inci;
4. Menggerakkan kaki kanan menyebabkan rosak lurus barisan;
5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kiri;
6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.
7. Bahu jatuh dan badan mengenjut.
BAHAGIAN III
REHATKAN DIRI
Hukuman :
"Rehatkan ................Diri"
Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan
dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) .Kedudukan kaki tidak berubah.
Kesalahan biasa :
1. Kedua tapak kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan;
2. Menggeliat dan bercakap-cakap.
Ingatan :
Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat
pinggang ke atas sahaja.
Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.
BAHAGIAN IV
MASUK BARIS
Arahan masuk baris :
"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak,
skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah,
di mana saya mengadap. Faham itu skuad".
Hukuman :
"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"
Perbuatan :
Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6
langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan
hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain
ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan
dan dalam keadaan sedia.
Kesalahan Biasa :
1. Datang berbaris tidak berlari
2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.
3. Bercakap-cakap;
4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.
BAHAGIAN V
MEMBETULKAN BARISAN
Hukuman:
" Ke kanan ............ Lurus"
Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta
hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa
sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam
setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu
melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di
kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1),
diikuti dengan hentak kaki pendek pendek sehingga barisan lurus.
Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang
hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan
ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus,
semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.
*julur
Hukuman:
''Pandang.............depan''
Perbuatan:
Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas.
Hukuman:
Ke Kiri Lurus
Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda berada di sebelah kiri.
Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota akan palingkan muka
ke kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam.
Kita boleh memberi nombor sama ada dari kiri atau kanan.
Kesalahan Biasa :
1. Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa;
2. Kaki dan bahu tidak sama rata ke hadapan dan badan condong ke depan semasa
mengambil lurus;
3. Pinggang lemah semasa kaki bergerak;
4. Jarak dan bersetentang tidak betul;
5. Badan dan kepala tidak tegak semasa mengambil lurus;
6. Turun tangan lambat dan siku bengkok.
7. Menepuk peha ketika menjatuhkan tangan.
Hukuman :
"Luruskan ............ Barisan"
Perbuatan :
Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki
kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus ,
turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan
belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.
BAHAGIAN VI
NOMBOR
Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya menyenangkan jurulatih memanggil
anggota. Dari itu memadai dengan memanggil Nombor.......... barisan .................. saja. Anggota
juga tahu kedudukannya dalam skuad.
Hukuman :
" Dari kanan ...........Nombor"
Perbuatan :
Barisan yang di hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke kiri.
Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang lain mengikut bilang "dua" dan
seterusnya sehingga habis.
Kesalahan Biasa :
1. Tidak mengira nombor dengan cepat.
2. Bilang nombor dengan suara perlahan.
3. Lupa nombor masing-masing.
Ingatan :
Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman "Semula" , kemudian ulang balik
daripada anggota pertama.
BAHAGIAN VII
BUKA / TUTUP BARISAN
Hukuman :
"Buka Barisan .................Gerak".
Perbuatan :
Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan ke hadapan 30 inci dan
kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan
sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian
angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Masa bergerak bilang;
(1-2-1)
Kesalahan Biasa :
1. Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan;
2. Tidak mengambil langkah cukup ke hadapan dan ke belakang;
3. Tangan dan bahu bergerak;
4. Mata pandang ke bawah;
5. Badan tidak tegak.
Hukuman :
"Tutup Barisan.......Gerak".
Perbuatan :
Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua langkah ke
hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka Barisan......Gerak".
Ingatan :
Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau ke belakang (melintang) ketika hukuman
buka barisan diberi, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan tengah hentak kaki dua kali ,
manakala barisan belakang hentak kaki empat kali dan maju. Kalau hukuman tutup barisan diberi,
pergerakan adalah sebaliknya.
BAHAGIAN VIII
BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG
Hukumannya :
Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di
atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki
kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan
dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia .
Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan
pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
Hukumannya,
Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di
atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki
kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan
tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia .
Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas
kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
Hukumannya :
Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan
jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung
kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas
bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti
kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki
kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah.
6. Badan melonjak ketika berpusing
BERPUSING SEPARUH KANAN/KIRI
Hukumannya:
Bergerak ke kanan, separuh kanan ........ Pusing".
Bergerak ke kiri, separuh kiri .......Pusing".
Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/kiri tetapi separuh kanan/kiri sahaja ( 45 darjah )
Kesalahan biasa :
1. Badan melonjak semasa berpusing;
2. Tangan bergoyang dan membongkok semasa berpusing;
3. Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing.
4. Kedua-dua siku tidak lurus masa merapatkan kaki;
5. Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul dalam pergerakan pertama.
6. Lutut bengkok semasa berpusing.
BAHAGIAN X
BERSURAI DAN KELUAR BARIS
Hukuman :
"Ber..............surai".
Perbuatan :
Skuad itu hendaklah dalam keadaan tutup barisan , pusing ke kanan, hentak kaki kiri di sebelah
kaki kanan, hormat sekali terus melangkah mulai kaki kanan ke hadapan tiga langkah dalam
masa cepat ; terus bersurai.
Ingatan :
Jika bertongkat, hendaklah dibawa tongkat itu ke kedudukan kepit sebelum memberi hormat.
Anggota yang tidak bertongkat ikut kiraan masa anggota yang bertongkat.
Perhatian:
Jangan disangkakan bersurai itu perkara kecil, bersurai ialah memberi hormat kepada pegawai.
Dengan sebab itu jurulatih hendaklah memerhatikan pergerakan hormat dilakukan dengan
sempurna.
Hukuman :
"Keluar ............... Baris"
Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti belum tamat, malah bersurai sementara
sahaja dan hormat tidak dikehendaki. Anggota tidak boleh beredar dari padang kawat atau
kawasan latihan.
BAHAGIAN XI
PARAS
Paras boleh dilakukan seperti berikut :
1.Anggota tinggi di sebelah kanan , anggota rendah di sebelah kiri.
2.Anggota rendah di sebelah kanan, anggota tinggi di sebelah kanan.
3.Anggota rendah di tengah-tengah.
4.Anggota tinggi di tengah-tengah
Hukuman :
"Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan ..........paras".
Perbuatan :
Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan
mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia.
"Dari kanan........... Nombor"
Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.
"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah
ke belakang...........gerak".
Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan.
"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke
kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing".
Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan.
"Jadikan tiga barisan, .........cepat jalan".
Skuad itu jadikan tiga baris. Anggota nombor genap ikut belakang nombor ganjil, iaitu nombor satu
genap menjadi nombor satu barisan tengah. Nombor lima menjadi nombor satu barisan belakang.
Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat
masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat up dari
anggota barisan belakang. Isyarat up diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri.
Ingatan :
Jika dikehendaki kedudukan skuad itu tinggi di sebelah kanan dan rendah di sebelah kiri,
hukumannnya :
"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan
............pusing".
" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"
( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat seperti di atas.
Hukuman :
"Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan ..........paras".
Perbuatan :
Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan
mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia.
"Dari kanan........... Nombor"
Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.
"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke
belakang...........gerak".
Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan.
"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri ,
barisan kanan dan kiri ..........pusing".
Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan.
"Jadikan tiga barisan.........cepat jalan".
Skuad itu jadikan tiga baris. Anggota nombor genap ikut belakang nombor ganjil, iaitu nombor satu
genap menjadi nombor satu barisan tengah. Nombor lima menjadi nombor satu barisan belakang.
Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat
masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat up dari
anggota barisan belakang. Isyarat up diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri.
Ingatan :
Jika dikehendaki kedudukan skuad itu rendah di sebelah kanan dan tengah di sebelah kiri,
hukumannnya :
"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan
............pusing".
" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"
( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat seperti di atas.
BAB KETIGA
BERJALAN
____________________________________
Jarak Langkah (Ukuran dari tumit ke tumit)
(a) Perlahan dan cepat jalan jaraknya tiap-tiap satu langkah 30 inci;
(b) Panjangkan langkah tiap-tiap satu langkah 33 inci;
(c) Pendekkan langkah tiap-tiap satu langkah 21 inci;
(d) Berlari tiap-tiap satu langkah 40 inci;
Masa Berjalan (Timing Of Marching)
(a) Perlahan jalan langkah 65 langkah dalam satu minit;
(b) Cepat jalan 120 -128 langkah dalam satu minit (Biasa);
(c) Berlari 180 langkah dalam satu minit.
BAHAGIAN 1
BERJALAN DAN BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN
Cepat jalan
Hukuman :
"Dari kanan/kiri, cepat jalan"
Perbuatan :
Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan, dengan memacakkan
tumit ke bumi, lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari
genggam, ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan , kedua-dua lengan lurus. Masa berjalan
badan tegak, buka dada, serta pandang ke hadapan 200 meter.
Ingatan :
(a) Lenggang tangan ke belakang semaksima yang boleh.
Lenggang tangan ke hadapan separas dengan bahu.
(b) Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa membengkokkan
lutut.
Kesalahan Biasa ;
1. Jalan mengenjut;
2. Lutut kendur;
3. Lenggang tangan tidak lurus dan tidak separas bahu ke hadapan dan tidak semaksima ke
belakang.
4. Hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit;
5. Pinggang lemah; pandang ke bawah dan membengkok, dan mengheret tumit semasa
berjalan;
6. Semasa berjalan satu tangan tidak lenggang dan lenggang tangan tidak sama.
7. Mendongak secara keterlaluan.
BERHENTI
Hukuman :
"Skuad.. ..........Henti"
Perbuatan:
Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri tumit kaki kiri mencecah
bumi di hadapan kaki kanan. Check atas kaki kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada
masa yang sama kedua - dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia.
Kesalahan biasa :
1. Bergoyang selepas berhenti.
2. Badan tidak cukup tegap dan tetap selepas berhenti.
3. Mengangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan ke tumit kiri.
4. Lurus, jarak, bersetentang tidak betul selepas berhenti.
5. Turun tangan terlalu lambat.
6. Antara tumit tidak rapat dan antara hujung kaki tidak 30 darjah .
7. Angkat peha melebihi 45 darjah.
8. Perbuatan check menjadi hentak kaki.
BAHAGIAN II
BERJALAN DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN JALAN
Perlahan jalan
Hendaklah diajar dengan bernombor (ansur maju) untuk mengimbangkan kedudukan badan.
Hukuman :
"Dari kanan/kiri , perlahan...........Jalan"
Perbuatan :
Langkah pertama:
Tolak kaki kanan ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari
dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk, ibu jari rapat pada penjahit seluar. Berat
badan di atas kaki kiri.
Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 33 inci ( 15 langkah) dengan
tapak kaki jejak ke tanah. Pada masa yang sama tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci seperti
kedudukan kaki kanan tadi.
Langkah ke dua:
Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari
dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk.
Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 33 inci (satu langkah) dengan tapak
kaki jejak ke tanah dan proses seperti itu dibuat berterusan.
Kesalahan Biasa :
1. Tumit mencecah ke bumi dahulu / tapak kaki tidak selari dengan bumi.
2. Siku renggang dari rusuk.
3. Tangan mengikut pergerakan peha, dan bergerak pada setiap kali melangkah.
4. Memandang ke bawah.
5. Tidak menjaga jarak antara anggota
Ingatan :
1. Semasa perlahan jalan tidak perlu lenggang.
2. Tangan rapat ke rusuk dan lurus dan tiada pergerakan tangan.
Berhenti Semasa Perlahan Jalan
Hukuman Henti diberi apabila kaki kanan mencecah ke bumi, hentak kaki kiri dan kaki kanan.
BAHAGIAN III - LANGKAH KE HADAPAN / KE BELAKANG
Hukuman :
"1/2/3 Langkah ke hadapan / ke belakang .............Gerak"
Perbuatan ;
Langkah kaki ( 15 inci langkah pertama, 30 inci langkah seterusnya) ke hadapan atau ke belakang
mengikut bilangan langkah yang ditetapkan mulai kaki kanan dan diakhiri dengan sekali hentak
(kaki kiri jika bilangan langkah ganjil dan kaki kanan jika bilangan langkah genap)
Rapat kedua-dua tumit. Badan tegak, kedua - dua tangan rapat ke rusuk, jari genggam, ibu jari di
sisi penjahit seluar serta pandang ke hadapan.
Kesalahan Biasa :
1. Tangan tidak rapat di rusuk, badan bengkok dan kepala tunduk.
2. Tumit tidak rapat
BAHAGIAN IV - LANGKAH MERUSUK
Gunanya bagi menggerakkan skuad ke kiri / kanan semasa menghadap ke hadapan.
Hukuman :
"1/2/3/4/5/6/7/8 ......................... langkah ke kiri/kanan .............. gerak".
Perbuatan :
- Angkat peha kiri/kanan 45 darjah ke hadapan dan bawa ke sebelah kiri/kanan sehingga habis
bilangan langkah yang diperintahkan. Langkah dibuat dengan mengangkat peha kanan / kiri 45
darjah ke hadapan dan hentak padat di sebelah kaki kiri / kanan. Tumit dirapatkan.
- Badan tegak, tangan rapat di rusuk (tiada pergerakan tangan)
Ingatan :
1. Tiap-tiap selangkah berhenti sebentar mengikut bilangan (1-2-1, 1-2-2 , 1-2-3 dan
seterusnya ),
2. Langkah merusuk tidak boleh melebihi 8 langkah. Sekiranya lebih skuad hendaklah
digerakkan ke kiri/kanan.
Kesalahan Biasa :
1. Langkah tidak sama;
2. Antara tumit tidak rapat
3. Bergerak seakan-akan melompat dan tidak dibawa kaki kanan/kiri itu dengan pantas
apabila tinggi kaki kiri/kanan mencecah ke bumi;
4. Angkat peha (kurang / lebih dari 45 darjah ).
BAHAGIAN V - BELOK
Hukuman :
"Kanan/kiri ......... Belok"
Perbuatan :
Samada berjalan dalam satu barisan (file), bertiga-tiga atan enam-enam orang, maka orang yang
di sebelah dalam hendaklah membelok seperti di atas satu lilitan bulatan ke kiri atau ke kanan 90 .
Panjang atau pendek langkah bergantung kepada kedudukan barisan. Anggota di dalam barisan,
pendekkan langkah dan anggota di barisan luar, panjangkan langkah.
Kesalahan-kesalahan biasa :
1. Deretan di sebelah belakang terbawa-bawa lalu terpesong keluar
daripada pusat belok itu.
2. Jarak jadi rosak disebabkan oleh angota di luar tidak memanjangkan langkah dan
anggota di dalam tidak memendekkan langkah.
keluar.
BAHAGIAN VI BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN
Kedudukan masa berjalan mestilah dikekalkan dan semasa membuat semua pusingan, hendaklah
berpusing tepat ke hala yang baru , lurus, jarak hendaklah dibetulkan oleh mereka dalam skuad
itu dengan serta merta selepas berpusing.
KE KANAN PUSING
Hukumannya :
" Menghadap ke hadapan / belakang, kanan .......... pusing! "
" Bergerak ke kanan / kiri, kanan ............ pusing! "
Perbuatan:
Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah
kaki kanan . Dalam masa yang sama halakan kaki kanan ke sebelah kanan dan terus berjalan.
KE KIRI PUSING
Hukumannya:
" Menghadap ke hadapan / belakang, kiri .......... pusing! "
" Bergerak ke kanan / kiri, kiri ............ pusing! "
Perbuatan:
Hukuman pusing diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah
kaki kiri . Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan
KE BELAKANG PUSING
Hukumannya
" Bergerak ke kanan / kiri, belakang ............ pusing! "
Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi, angkat kaki kiri letak di sebelah kaki
kanan dalam keadaan menghala ke kanan, angkat kaki kanan menghala ke kanan dan letak di
sebelah kaki kiri, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan. Dengan pantas hulurkan kaki
kanan dan terus perlahan jalan.
Kesalahan Biasa :
1. Semasa berpusing lutut bengkok .
2. Membiarkan tangan terhayun-hayun dari kedudukan sedia.
3. Tidak mengekalkan jarak langkah.
4. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan , bahu dan kaki.
5. Pergerakan berpusing tidak serupa dengan masa berjalan.
6. Tidak mengangkat peha 45 darjah.
7. Hujung kaki menjunam ke bumi atau mendongak.
BAHAGIAN VII BERPUSING SEMASA CEPAT JALAN
KE KANAN PUSING
Hukumannya :
" Menghadap ke hadapan / belakang, kanan .......... pusing "
" Bergerak ke kanan / kiri, kanan ............ pusing "
Perbuatan:
Hukuman pusing diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. Check kaki kanan dan hentak kaki kiri di
sebelah kaki kanan. Dalam masa yang sama hala kaki kanan 90 darjah ke kanan dan terus
berjalan.
KE KIRI PUSING
Hukumannya:
" Menghadap ke hadapan / belakang, kiri .......... pusing! "
" Bergerak ke kanan / kiri, kiri ............ pusing! "
Perbuatan:
Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah. Angkat kaki kanan dan hentak di
sebelah kaki kiri . Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan.
KE BELAKANG PUSING
Hukumannya
" Bergerak ke kanan / kiri, belakang ............ pusing! "
Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah, check kaki kiri, tarik kaki kanan di
belakang tumit kaki kiri dalam keadaan menghala ke kanan (in), hentak kaki kiri di sebelah kaki
kanan, hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan
pantas langkah kaki kanan dan terus berjalan (maju).
Peringatan:
Tangan dirapatkan ke sisi semasa pergerakan in
Kesalahan Biasa :
1. Semasa berpusing lutut bengkok .
2. Membiarkan tangan terhayun-hayun dari kedudukan sedia .
3. Tidak mengekalkan jarak langkah.
4. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan , bahu dan kaki .
5. Pergerakan berpusing tidak serupa dengan masa berjalan .
6. Tidak mengangkat peha 45 darjah .
7. Hujung kaki menjunam ke bumi .
8. Seret kaki ketika pergerakan in.
BAHAGIAN VIII
HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN DAN CEPAT JALAN
Semasa Cepat Jalan
Hukumannya
Hentak........kaki
Perbuatan:
Hukuman diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi, check kaki kanan dan mula hentak kaki dengan
kaki kiri.
Kesalahan Biasa :
1. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki .
2. Tidak hentak kaki pada satu tempat .
3. Pinggang lemah dan bongkok .
4. Tidak pandang terus ke hadapan .
5. Lebih pantas daripada berjalan .
Hukuman :
"Maju"
Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan maju mulai kaki
kanan.
Semasa Perlahan jalan
Hukumannya
Hentak........kaki
Perbuatan:
Hukuman diberi dengan sebutan yang panjang, semasa kaki kanan melintasi kaki kiri dan mula
hentak kaki dengan kaki kiri.
Kesalahan Biasa :
1. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki.
2. Tidak hentak kaki pada satu tempat.
3. Pinggang lemah dan bongkok.
4. Tidak pandang terus ke hadapan.
5. Lebih pantas daripada berjalan .
Hukuman :
"Maju"
Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan tendang kaki
kanan ke hadapan untuk berjalan.
Hentak Kaki Cepat Semasa Berhenti.
Hukuman :
" Hentak kaki ......... cepat"
Perbuatan :
Mula hentak kaki dengan kaki kanan.
Hukuman:
Skuad...........henti
Perbuatan:
Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Hentak kaki kiri dan kanan.
Terus berhenti
BAHAGIAN IX - TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN
Semasa perlahan jalan.
Hukuman :
"Tukar langkah masa berjalan, tukar ,............langkah"
Perbuatan :
Hukuman diberi masa kaki kiri jejak ke bumi.
Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan,
Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri
Hulur kaki kanan ke hadapan dan terus perlahan jalan.
Kesalahan Biasa :
(a) Dalam masa berjalan :
i. Melenggangkan tangan.
ii. Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga .
(b) Dalam masa hentak kaki :
i. Badan membongkok.
ii. Terlalu pantas .
Semasa cepat jalan.
Hukuman :
"Tukar langkah masa berjalan, tukar ............langkah"
Perbuatan :
Hukuman tukar diberi semasa kaki kanan jejak tanah.
Hukuman langkah di beri atas kaki kiri
Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri,
Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan
Langkah kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan.
Kesalahan Biasa :
(a) Dalam masa berjalan :
i. Melenggangkan tangan.
ii. Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga .
(b) Dalam masa hentak kaki :
i. Badan membongkok.
ii. Terlalu pantas .
BAHAGIAN X - BERJALAN, HENTAK KAKI
BERHENTI DALAM MASA BERLARI
HUKUMAN:
" Dari kiri/ kanan........ cepat lari"
Perbuatan:
Mula berlari dengan kaki kanan.
Panjang langkah 40 inci dan lajunya 180 langkah dalam satu minit.
Kesalahan biasa:
1. Menghayunkan bahu.
2. Memandang ke bawah.
3. Berlari di atas tumit.
4. Lurus, jarak dan kelajuannya tidak betul.
Hentak kaki semasa berlari
Hukuman:-
Hentak kaki''
Perbuatan:-
Diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi, check dengan kaki kanan dan mulakan hentak dengan kaki
kiri.
Hukuman:-
"Maju"
Perbuatan:-
Di beri ketika kaki kanan jejak ke bumi, hentak kaki kiri ,kemudian mulakan berlari dengan kaki
kanan.
Peringatan:
Sebelum berhenti semasa berlari hendaklah tukar pergerakan hentak kaki terlebih dahulu dan beri
hukuman henti sebagaimana pergerakan hentak kaki
BAHAGIAN XII - TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI
Dari Cepat Jalan ke Perlahan Jalan
Hukuman:
" Tukar langkah perlahan, perlahan .........jalan"
Perbuatan :
Hukuman Jalan ketika kaki kiri jejak ke bumi. Check dengan kaki kanan, kemudian hentak kaki
kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas hulur kaki kanan dan terus melakukan pergerakan
perlahan jalan.
Peringatan:
1. Kedudukan tangan dirapatkan di sisi semasa pergerakan check
Dari Perlahan ke Jalan Cepat
Hukuman:-
''Tukar langkah cepat, cepat...jalan"
Perbuatan:-
Hukuman " cepat " diberi ketika kaki kanan jejak ke bumi, dan " jalan"
ketika kaki kiri jejak ke bumi dan hendaklah secara berturut-turut. dan
mulakan pergerakan cepat jalan dengan kaki kanan.
Tangan dilenggangkan
Dari Cepat Jalan ke Langkah Berlari
Hukuman:
" Tukar langkah berlari........ cepat lari"
Perbuatan:
Hukuman '' lari '' diberi di atas kaki kanan, check dengan kaki kiri, kemudian mulai lari dengan kaki
kanan.
BAB 4
BAHAGIAN I - BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN
____________________________________
Hukuman:-
'' Buka ......... Barisan''
Perbuatan:-
Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check di atas kaki kiri dan hentak dengan kaki kanan,
barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang hentak kaki 4 kali, barisan
hadapan berjalan terus.
Hukuman :
" Tutup............... barisan "
Perbuatan :
Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check dengan kaki kiri, hentak kaki kiri, barisan
hadapan hentak kaki 4 kali, dan barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan
belakang berjalan terus.
BAHAGIAN III - TUKAR HALUAN KETIKA BERHENTI DAN BERJALAN DALAM CEPAT DAN
PERLAHAN
Tukar Haluan Masa Berhenti dalam masa cepat jalan
Hukuman :
" Tukar haluan ke kanan dan henti, ke kanan........... Tukar"
Perbuatan:
Anggota yang sebelah kanan, pusing ke kanan, yang lain dalam barisan hadapan pusing separuh
kanan, anggota dalam barisan tengah dan belakang diam.
Hukuman :
''Cepat jalan''
Perbuatan:-
Anggota yang sebelah kanan berjalan ke hadapan tiga langkah lalu berhenti. Lain-lain anggota
berjalan berturut-turut dan membelok ke hala baru, serta berhenti. Jarak antara barisan ialah satu
langkah.
Ingatan:-
1. Jika tukar haluan ke kiri buatlah ke sebelah kiri.
2. Pergerakan ini biasa dibuat jika skuad itu lebih daripada enam
anggota dalam barisan.
3. Jika tiada hukuman berhenti, mestilah hentak kaki, kemudian akan
diberi hukuman maju atau berhenti.
4. Jika pergerakan ini dibuat dalam berjalan,maka anggota dalam
barisan hendaklah belok ke hala yang baru.
5. Pergerakan bagi cepat jalan dan perlahan jalan adalah sama.
Kesalahan biasa:-
1. Tidak memastikan jarak yang betul.
2. Anggota yang disebelah luar mempercepatkan langkah.
3. Memanjangkan langkah.
4. Anggota nombor satu barisan hadapan ( Penanda ) tidak ambil
cukup tiga langkah.
5.Tidak berhenti atau hentak kaki di atas kaki yang betul.
BAB-KELIMA
JADIKAN DUA BARISAN
____________________________________
Kawat biasanya dijalankan dalam tiga barisan , tetapi terdapat juga yang terpaksa bertukar
menjadi dua barisan iaitu untuk anggota-anggota kawalan kehormat . Kawalan kehormat akan
berjalan masuk dalam tiga barisan dan akan membentuk dua barisan setelah berada di tempat
perbarisan sesuatu istiadat. Dalam pergerakan ini hanya anggota-anggota dalam barisan tengah
sahaja yang akan bergerak dua langkah sama ada ke hadapan atau ke belakang. Sebelum
pergerakan dilakukan, kira nombor dari kanan ke kiri dibuat bagi menentukan kedudukan nombor
ganjil dan genap anggota (khususnya di barisan tengah).
BAHAGIAN I - JADIKAN DUA BARISAN
DARIPADA TIGA BARISAN
Hukuman:
"Jadikan Dua ....... Barisan "
Perbuatan:
Anggota nombor ganjil di barisan tengah hendaklah melangkah kaki kanan ke depan (15 inci), dan
angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci kemudian hentak kaki kanan bersebelahan kaki
kiri dalam kedudukan sedia.
Seterusnya dalam masa yang sama anggota nombor genap hendaklah melangkah ke belakang
dengan kaki kanan selangkah 15 inci dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci dan
hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri dalam keadaan sedia.
Peringatan:
1. Jika ada deret kosong ( blank files ) di barisan tengah , anggota yang sebelah kiri sekali dalam
barisan akan undur , jika nombor ganjil ia akan dilakukan sebagai nombor genap.
2. Lepas itu hendaklah diberi hukuman ke kanan lurus . Biasanya jarak lurus ialah 1 depa tangan
dan bergenggam, tetapi dalam dua barisan begini jaraknya hanya 24 inci ( 1 bahu ) dengan tidak
payah mengangkat tangan, barisan belakang tetap 2 langkah jaraknya dari barisan hadapan.
Kesalahan biasa
1. Barisan tengah lupa nombor
2. Jarak tidak betul.
3. Tidak bawa kaki kiri cukup ke sebelah kiri pergerakan yang pertama.
4. Tidak bawa kaki kanan cukup ke hadapan dan ke belakang.
BAHAGIAN II
JADIKAN TIGA BARISAN DARIPADA DUA BARISAN
Hukuman:
" Jadikan tiga.......... barisan"
Perbuatan:
Anggota nombor ganjil dan genap barisan tengah kembali ke kedudukan asal.
Anggota dalam barisan hadapan hendaklah melangkah kaki kanan ke belakang selangkah 15 inci
dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci dan hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri
dalam keadaan sedia.
Anggota dalam barisan belakang hendaklah melangkah kaki kanan ke hadapan selangkah 15 inci
dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci dan hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri
dalam keadaan sedia.
Kesalahan biasa :
1. Tidak bawa kaki kanan hingga cukup setentang di pergerakan yang kedua.
BAB 6
PERKARA-PERKARA LAIN
____________________________________
Keterangan di bawah ini ialah untuk kegunaan kepada jurulatih-jurulatih.
Keterangan itu hendaklah dijalankan dengan cara " Soal jawab" ketika skuad itu sedang rehatkan
diri .
Lagu kebangsaaan
Pegawai/Kadet yang memakai pakaian seragam yang tidak di bawah perintah ketua / pegawai
yang sedang kawat hendaklah berdiri dalam keadaan sedia semasa lagu kebangsaan/negeri
dinyanyikan.
Sekiranya memakai pakaian awam hendaklah sedia. Seorang pegawai atau ketua yang menjaga
sesuatu kumpulan yang sedang berjalan hendaklah memberhentikan kumpulan itu dan berada
dalam kedudukan sedia.
Menerima Hormat
Pegawai-pegawai hendaklah membalas hormat itu dengan penuh hormat. Jika ada lebih daripada
seorang pegawai , maka pegawai yang kanan sekali membalas hormat.
BAHAGIAN VI
MEMBERI HORMAT KEPADA PANJI-PANJI
Dalam kebanyakan pasukan ada lambang, cogan atau panji-panji untuk mewakili DYMM Seri
Paduka Baginda yang di Pertuan Agong. Oleh yang demikian semuanya ini patut diberi hormat.
1. Semua pegawai atau ahli pangkat rendah apabila nampak panji-panji sedang diarak hendaklah
berhenti dalam kedudukan sedia dan beri hormat.
2. Satu pasukan yang sedang bertugas hendaklah berhenti dan berdiri sedia. Pegawai atau
pegawai pangkat rendah yang beri hormat.
3. Jika ada pasukan dan masing-masing ada membawa panji-panji maka hendaklah memberi "
Pandang kanan " apabila mereka berselisih.
Peringatan Semasa Memberi Tabik Hormat :
Tabik Hormat diberi ketika berdiri sedia dan berjalan sahaja.
BAB KETIGA
BERJALAN
____________________________________
Jarak Langkah (Ukuran dari tumit ke tumit)
(a) Perlahan dan cepat jalan jaraknya tiap-tiap satu langkah 30 inci;
(b) Panjangkan langkah tiap-tiap satu langkah 33 inci;
(c) Pendekkan langkah tiap-tiap satu langkah 21 inci;
(d) Berlari tiap-tiap satu langkah 40 inci;
Masa Berjalan (Timing Of Marching)
(a) Perlahan jalan langkah 65 langkah dalam satu minit;
(b) Cepat jalan 120 -128 langkah dalam satu minit (Biasa);
(c) Berlari 180 langkah dalam satu minit.
BAHAGIAN 1
BERJALAN DAN BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN
Cepat jalan
Hukuman :
"Dari kanan/kiri, cepat jalan"
Perbuatan :
Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan, dengan memacakkan
tumit ke bumi, lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari
genggam, ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan , kedua-dua lengan lurus. Masa berjalan
badan tegak, buka dada, serta pandang ke hadapan 200 meter.
Ingatan :
(a) Lenggang tangan ke belakang semaksima yang boleh.
Lenggang tangan ke hadapan separas dengan bahu.
(b) Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa membengkokkan
lutut.
Kesalahan Biasa ;
1. Jalan mengenjut;
2. Lutut kendur;
3. Lenggang tangan tidak lurus dan tidak separas bahu ke hadapan dan tidak semaksima ke
belakang.
4. Hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit;
5. Pinggang lemah; pandang ke bawah dan membengkok, dan mengheret tumit semasa
berjalan;
6. Semasa berjalan satu tangan tidak lenggang dan lenggang tangan tidak sama.
7. Mendongak secara keterlaluan.
BERHENTI
Hukuman :
"Skuad.. ..........Henti"
Perbuatan:
Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri tumit kaki kiri mencecah
bumi di hadapan kaki kanan. Check atas kaki kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada
masa yang sama kedua - dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia.
Kesalahan biasa :
1. Bergoyang selepas berhenti.
2. Badan tidak cukup tegap dan tetap selepas berhenti.
3. Mengangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan ke tumit kiri.
4. Lurus, jarak, bersetentang tidak betul selepas berhenti.
5. Turun tangan terlalu lambat.
6. Antara tumit tidak rapat dan antara hujung kaki tidak 30 darjah .
7. Angkat peha melebihi 45 darjah.
8. Perbuatan check menjadi hentak kaki.
BAHAGIAN II
BERJALAN DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN JALAN
Perlahan jalan
Hendaklah diajar dengan bernombor (ansur maju) untuk mengimbangkan kedudukan badan.
Hukuman :
"Dari kanan/kiri , perlahan...........Jalan"
Perbuatan :
Langkah pertama:
Tolak kaki kanan ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari
dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk, ibu jari rapat pada penjahit seluar. Berat
badan di atas kaki kiri.
Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 33 inci ( 15 langkah) dengan
tapak kaki jejak ke tanah. Pada masa yang sama tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci seperti
kedudukan kaki kanan tadi.
Langkah ke dua:
Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari
dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk.
Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 33 inci (satu langkah) dengan tapak
kaki jejak ke tanah dan proses seperti itu dibuat berterusan.
Kesalahan Biasa :
1. Tumit mencecah ke bumi dahulu / tapak kaki tidak selari dengan bumi.
2. Siku renggang dari rusuk.
3. Tangan mengikut pergerakan peha, dan bergerak pada setiap kali melangkah.
4. Memandang ke bawah.
5. Tidak menjaga jarak antara anggota
Ingatan :
1. Semasa perlahan jalan tidak perlu lenggang.
2. Tangan rapat ke rusuk dan lurus dan tiada pergerakan tangan.
Berhenti Semasa Perlahan Jalan
Hukuman Henti diberi apabila kaki kanan mencecah ke bumi, hentak kaki kiri dan kaki kanan.
BAHAGIAN III - LANGKAH KE HADAPAN / KE BELAKANG
Hukuman :
"1/2/3 Langkah ke hadapan / ke belakang .............Gerak"
Perbuatan ;
Langkah kaki ( 15 inci langkah pertama, 30 inci langkah seterusnya) ke hadapan atau ke belakang
mengikut bilangan langkah yang ditetapkan mulai kaki kanan dan diakhiri dengan sekali hentak
(kaki kiri jika bilangan langkah ganjil dan kaki kanan jika bilangan langkah genap)
Rapat kedua-dua tumit. Badan tegak, kedua - dua tangan rapat ke rusuk, jari genggam, ibu jari di
sisi penjahit seluar serta pandang ke hadapan.
Kesalahan Biasa :
1. Tangan tidak rapat di rusuk, badan bengkok dan kepala tunduk.
2. Tumit tidak rapat
BAHAGIAN IV - LANGKAH MERUSUK
Gunanya bagi menggerakkan skuad ke kiri / kanan semasa menghadap ke hadapan.
Hukuman :
"1/2/3/4/5/6/7/8 ......................... langkah ke kiri/kanan .............. gerak".
Perbuatan :
- Angkat peha kiri/kanan 45 darjah ke hadapan dan bawa ke sebelah kiri/kanan sehingga habis
bilangan langkah yang diperintahkan. Langkah dibuat dengan mengangkat peha kanan / kiri 45
darjah ke hadapan dan hentak padat di sebelah kaki kiri / kanan. Tumit dirapatkan.
- Badan tegak, tangan rapat di rusuk (tiada pergerakan tangan)
Ingatan :
3. Tiap-tiap selangkah berhenti sebentar mengikut bilangan (1-2-1, 1-2-2 , 1-2-3 dan
seterusnya ),
4. Langkah merusuk tidak boleh melebihi 8 langkah. Sekiranya lebih skuad hendaklah
digerakkan ke kiri/kanan.
Kesalahan Biasa :
1. Langkah tidak sama;
2. Antara tumit tidak rapat
3. Bergerak seakan-akan melompat dan tidak dibawa kaki kanan/kiri itu dengan pantas
apabila tinggi kaki kiri/kanan mencecah ke bumi;
4. Angkat peha (kurang / lebih dari 45 darjah ).
BAHAGIAN V - BELOK
Hukuman :
"Kanan/kiri ......... Belok"
Perbuatan :
Samada berjalan dalam satu barisan (file), bertiga-tiga atan enam-enam orang, maka orang yang
di sebelah dalam hendaklah membelok seperti di atas satu lilitan bulatan ke kiri atau ke kanan 90 .
Panjang atau pendek langkah bergantung kepada kedudukan barisan. Anggota di dalam barisan,
pendekkan langkah dan anggota di barisan luar, panjangkan langkah.
Kesalahan-kesalahan biasa :
2. Deretan di sebelah belakang terbawa-bawa lalu terpesong keluar
daripada pusat belok itu.
3. Jarak jadi rosak disebabkan oleh angota di luar tidak memanjangkan langkah dan
anggota di dalam tidak memendekkan langkah.
keluar.
BAHAGIAN VI BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN
Kedudukan masa berjalan mestilah dikekalkan dan semasa membuat semua pusingan, hendaklah
berpusing tepat ke hala yang baru , lurus, jarak hendaklah dibetulkan oleh mereka dalam skuad
itu dengan serta merta selepas berpusing.
KE KANAN PUSING
Hukumannya :
" Menghadap ke hadapan / belakang, kanan .......... pusing! "
" Bergerak ke kanan / kiri, kanan ............ pusing! "
Perbuatan:
Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah
kaki kanan . Dalam masa yang sama halakan kaki kanan ke sebelah kanan dan terus berjalan.
KE KIRI PUSING
Hukumannya:
" Menghadap ke hadapan / belakang, kiri .......... pusing! "
" Bergerak ke kanan / kiri, kiri ............ pusing! "
Perbuatan:
Hukuman pusing diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah
kaki kiri . Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan
KE BELAKANG PUSING
Hukumannya
" Bergerak ke kanan / kiri, belakang ............ pusing! "
Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi, angkat kaki kiri letak di sebelah kaki
kanan dalam keadaan menghala ke kanan, angkat kaki kanan menghala ke kanan dan letak di
sebelah kaki kiri, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan. Dengan pantas hulurkan kaki
kanan dan terus perlahan jalan.
Kesalahan Biasa :
1. Semasa berpusing lutut bengkok .
2. Membiarkan tangan terhayun-hayun dari kedudukan sedia.
3. Tidak mengekalkan jarak langkah.
4. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan , bahu dan kaki.
5. Pergerakan berpusing tidak serupa dengan masa berjalan.
6. Tidak mengangkat peha 45 darjah.
7. Hujung kaki menjunam ke bumi atau mendongak.
BAHAGIAN VII BERPUSING SEMASA CEPAT JALAN
KE KANAN PUSING
Hukumannya :
" Menghadap ke hadapan / belakang, kanan .......... pusing "
" Bergerak ke kanan / kiri, kanan ............ pusing "
Perbuatan:
Hukuman pusing diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. Check kaki kanan dan hentak kaki kiri di
sebelah kaki kanan. Dalam masa yang sama hala kaki kanan 90 darjah ke kanan dan terus
berjalan.
KE KIRI PUSING
Hukumannya:
" Menghadap ke hadapan / belakang, kiri .......... pusing! "
" Bergerak ke kanan / kiri, kiri ............ pusing! "
Perbuatan:
Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah. Angkat kaki kanan dan hentak di
sebelah kaki kiri . Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan.
KE BELAKANG PUSING
Hukumannya
" Bergerak ke kanan / kiri, belakang ............ pusing! "
Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah, check kaki kiri, tarik kaki kanan di
belakang tumit kaki kiri dalam keadaan menghala ke kanan (in), hentak kaki kiri di sebelah kaki
kanan, hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan
pantas langkah kaki kanan dan terus berjalan (maju).
Peringatan:
Tangan dirapatkan ke sisi semasa pergerakan in
Kesalahan Biasa :
1. Semasa berpusing lutut bengkok .
2. Membiarkan tangan terhayun-hayun dari kedudukan sedia .
3. Tidak mengekalkan jarak langkah.
4. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan , bahu dan kaki .
5. Pergerakan berpusing tidak serupa dengan masa berjalan .
6. Tidak mengangkat peha 45 darjah .
7. Hujung kaki menjunam ke bumi .
8. Seret kaki ketika pergerakan in.
BAHAGIAN VIII
HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN DAN CEPAT JALAN
Semasa Cepat Jalan
www.SmartPDFConverter.com
www.SmartPDFConverter.com
www.SmartPDFConverter.com
www.SmartPDFConverter.com
www.SmartPDFConverter.com
Hukumannya
Hentak........kaki
Perbuatan:
Hukuman diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi, check kaki kanan dan mula hentak kaki dengan
kaki kiri.
Kesalahan Biasa :
1. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki .
2. Tidak hentak kaki pada satu tempat .
3. Pinggang lemah dan bongkok .
4. Tidak pandang terus ke hadapan .
5. Lebih pantas daripada berjalan .
Hukuman :
"Maju"
Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan maju mulai kaki
kanan.
Semasa Perlahan jalan
Hukumannya
Hentak........kaki
Perbuatan:
Hukuman diberi dengan sebutan yang panjang, semasa kaki kanan melintasi kaki kiri dan mula
hentak kaki dengan kaki kiri.
Kesalahan Biasa :
1. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki.
2. Tidak hentak kaki pada satu tempat.
3. Pinggang lemah dan bongkok.
4. Tidak pandang terus ke hadapan.
5. Lebih pantas daripada berjalan .
Hukuman :
"Maju"
Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan tendang kaki
kanan ke hadapan untuk berjalan.
Hentak Kaki Cepat Semasa Berhenti.
Hukuman :
" Hentak kaki ......... cepat"
Perbuatan :
Mula hentak kaki dengan kaki kanan.
Hukuman:
Skuad...........henti
Perbuatan:
Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Hentak kaki kiri dan kanan.
Terus berhenti
BAHAGIAN IX - TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN
Semasa perlahan jalan.
Hukuman :
"Tukar langkah masa berjalan, tukar ,............langkah"
Perbuatan :
Hukuman diberi masa kaki kiri jejak ke bumi.
Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan,
Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri
Hulur kaki kanan ke hadapan dan terus perlahan jalan.
Kesalahan Biasa :
(a) Dalam masa berjalan :
i. Melenggangkan tangan.
ii. Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga .
(b) Dalam masa hentak kaki :
i. Badan membongkok.
ii. Terlalu pantas .
Semasa cepat jalan.
Hukuman :
"Tukar langkah masa berjalan, tukar ............langkah"
Perbuatan :
Hukuman tukar diberi semasa kaki kanan jejak tanah.
Hukuman langkah di beri atas kaki kiri
Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri,
Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan
Langkah kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan.
Kesalahan Biasa :
(a) Dalam masa berjalan :
i. Melenggangkan tangan.
ii. Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga .
(b) Dalam masa hentak kaki :
i. Badan membongkok.
ii. Terlalu pantas .
BAHAGIAN X - BERJALAN, HENTAK KAKI
BERHENTI DALAM MASA BERLARI
HUKUMAN:
" Dari kiri/ kanan........ cepat lari"
Perbuatan:
Mula berlari dengan kaki kanan.
Panjang langkah 40 inci dan lajunya 180 langkah dalam satu minit.
Kesalahan biasa:
1. Menghayunkan bahu.
2. Memandang ke bawah.
3. Berlari di atas tumit.
4. Lurus, jarak dan kelajuannya tidak betul.
Hentak kaki semasa berlari
Hukuman:-
Hentak kaki''
Perbuatan:-
Diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi, check dengan kaki kanan dan mulakan hentak dengan kaki
kiri.
Hukuman:-
"Maju"
Perbuatan:-
Di beri ketika kaki kanan jejak ke bumi, hentak kaki kiri ,kemudian mulakan berlari dengan kaki
kanan.
Peringatan:
Sebelum berhenti semasa berlari hendaklah tukar pergerakan hentak kaki terlebih dahulu dan beri
hukuman henti sebagaimana pergerakan hentak kaki
BAHAGIAN XII - TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI
Dari Cepat Jalan ke Perlahan Jalan
Hukuman:
" Tukar langkah perlahan, perlahan .........jalan"
Perbuatan :
Hukuman Jalan ketika kaki kiri jejak ke bumi. Check dengan kaki kanan, kemudian hentak kaki
kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas hulur kaki kanan dan terus melakukan pergerakan
perlahan jalan.
Peringatan:
1. Kedudukan tangan dirapatkan di sisi semasa pergerakan check
Dari Perlahan ke Jalan Cepat
Hukuman:-
''Tukar langkah cepat, cepat...jalan"
Perbuatan:-
Hukuman " cepat " diberi ketika kaki kanan jejak ke bumi, dan " jalan"
ketika kaki kiri jejak ke bumi dan hendaklah secara berturut-turut. dan
mulakan pergerakan cepat jalan dengan kaki kanan.
Tangan dilenggangkan
Dari Cepat Jalan ke Langkah Berlari
Hukuman:
" Tukar langkah berlari........ cepat lari"
Perbuatan:
Hukuman '' lari '' diberi di atas kaki kanan, check dengan kaki kiri, kemudian mulai lari dengan kaki
kanan.
BAB-KETUJUH
MEMBERI HORMAT
____________________________________
Hormat ialah satu cara bagi menghormati antara anggota-anggota pangkat rendah dengan
pegawai-pegawai atasan dan sebaliknya dalam pasukan. Dengan cara inilah terbentuknya disiplin
dalam pasukan. Hormat yang dilakukan dengan betul dan cergas. Pegawai yang tidak mengambil
berat tentang hormat akan merosakkan tatatertib. Maka menjadi kewajipan anggota semua
peringkat mengetahui segala peraturan itu, terutama sekali keterangan-keterangan yang ringkas di
bawah ini.
BAHAGIAN I - HORMAT DALAM MASA BERHENTI
Hormat dalam berhenti:
Hukuman:
"Hormat , ke hadapan .... hormat "
Perbuatan:
Tangan kanan hendaklah diangkat ke hadapan dengan membengkokkan siku rapat ke rusuk.
Angkat tangan hingga hujung telunjuk kanan bersetentang dengan hujung kening mata kanan.
Tapak tangan kanan menghala ke bawah , jari-jari lurus dan rapat. Pangkal lengan selari dengan
bumi.
Dengan pantas turunkan tangan kanan ke rusuk kanan ikut jalan yang dekat sekali, dengan
menjatuhkan siku ke arah hadapan dan jari bergenggam, balik ke kedudukan sedia.
Ingatan.
Pangkal lengan hendaklah selari dengan bumi dan mempunyai sudut 90 darjah dengan rusuk,
hujung lengan, pergelangan tangan dan jari-jari hendaklah lurus semuanya.
Kesalahan Biasa:
1. Badan membongkok.
2. Pergelangan tangan dan jari -jari tidak lurus dan tiada rapat.
3. Tangan terlampau tinggi atau terlampau jauh, ke atas tengah dahi.
4. Kepala senget.
5. Badan dan kepala bergerak semasa mengangkat tangan .
6. Menjatuhkan tapak tangan dahulu daripada siku .
BAHAGIAN II
MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN
Memberi hormat dalam masa berjalan boleh dilakukan ke kiri, ke kanan atau ke hadapan dan
boleh dilakukan juga dalam cepat atau perlahan jalan.
HORMAT KE HADAPAN
Hukuman:
"Hormat ke hadapan .......... hormat ."
Perbuatan:
Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun
tangan kemudian hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat
jalan.
Hormat ke kanan/kiri :
Hukuman:
"Hormat ke kanan/kiri ...............hormat"
Perbuatan:
Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi. Check atas kaki kanan dan langkah kaki kiri
ke hadapan, pada masa yang sama bawa tangan kanan ke kedudukan hormat dan palingkan
muka ke kanan atau kiri dengan pantas. Langkah kaki kanan, kiri, kanan (Turun tangan
dan palingkan muka ke hadapan).
Langkah kaki kiri dan terus berjalan dalam cepat masa.
Nota:
Kiraan masa : Check hormat 2 3 potong lenggang.
HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL
Hukuman:
"Selaku terima sijil, Hormat ke hadapan .......... Hormat"
Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun
tangan satu langkah kaki kanan ke hadapan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan seperti
kedudukan sedia. Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus. Tangan kanan atas
tangan kiri, tekup (tidak ditepuk) dan tarik ke dua-dua belah tangan ke sisi, kemudian langkah kaki
kanan ke belakang hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali lagi , turun tangan, pusing
ke belakang, berjalan dengan cepat jalan.
BAHAGIAN III
MEMBERI HORMAT TANPA TOPI ATAU SONGKOK DAN APABILA MEMAKAI PAKAIAN
AWAM
Jika sedang duduk
Jika seseorang Ahli Pangkat Rendah sedang duduk dan datang seorang pegawai kepadanya
hendaklah ia bangun sedia dan memandang muka pegawai itu kemudian beri hormat dengan
tangan. Jika lebih daripada seorang sedang duduk atau berdiri, anggota yang paling hampir di situ
hendaklah mengadap kepada pegawai itu kemudian beri perintah '' skuad sedia'' dan hormat
berseorangan.
Jika hendak menyampaikan perintah,berita, menunjukkan surat atau barang kepada
pegawai
Seseorang ahli pangkat rendah hendaklah berjalan dengan segak ke arah pegawai itu dalam
masa cepat, berhenti kira-kira dua langkah jaraknya dari pegawai itu dan hormat, melangkah
selangkah ke hadapan , sampaikan perintah berita, surat atau barang kepada pegawai itu
kemudian melangkah selangkah ke belakang, hormat sekali lagi, pusing belakang dan berjalan
dari situ dengan cepat masa. Kalau membawa senjata, hendaklah dalam kedudukan rusuk
senjata.
Ingatan:
Apabila berhadapan dengan seorang pegawai dalam bangunan ( bilik pejabat dan
seumpamanya) hendaklah ahli pangkat rendah itu memberi hormat .
Kesalahan biasa ;
1. Tidak menunaikan tanggungjawab memberi hormat yang
diwajibkan .
2. Memberi tabik ketika tidak memakai pakaian seragam yang
lengkap.
Bahagian ini mengandungi semua perkara berkenaan seorang ahli pangkat rendah melintasi
seseorang pegawai atau pegawai itu, pada ketika ahli pangkat rendah itu tidak bersongkok
ataupun memakai pakaian awam perkara ini adalah sebahagian daripada latihan pelatih-pelatih
dan pergerakan-pergerakan ini hendaklah diterangkan dan ditunjukkan serta dilatih dalam
padang kawat.
Tidak memakai pakaian seragam yang lengkap/ memakai pakaian awam
Pada bila-bila masa pun ketika tidak memakai pakaian seragam yang lengkap anggota pangkat
rendah itu hendaklah memberi hormat dengan keadaan sedia.